Cari Duit Dengan Forex

Tuesday, July 10, 2007

Sedar tak sedar hari ini adalah hari yang ke 430 hari aku trade forex dan aku masih disini. Ini adalah satu pencapaian peribadi yang baik buat diri aku kerana aku telah melihat ramai orang trade forex 2-3 bulan bungkus dan balik. Ini kerana forex market adalah tempat yang amat berbahaya kepada harta modal dan wang anda.

Diawal pembabitan aku dalam forex aku sedar, Forex adalah sesuatu yang amat sukar difahami. Kerana 95% orang yang trade forex akan bungkus dan balik dalam 6 bulan pertama. Didunia ini cuma 5% sahaja manusia yang berjaya hidup dengan forex. Persoalannya, dah tau bende alah ni susah kenapa kau pegi susah payah lagi belajar. Jawapannya, yang susah itu adalah satu cabaran buat diriku. Lebih susah lebih aku suka.

Dalam setahun ada 365 hari lebih kurang. Bermakna aku dah trade forex live selama 1 tahun 2 bulan dan 5 hari genap pada hari ini dalam sejarah. Permulaannya aku meletakkan tempoh 2 tahun untuk aku mencipta sistem trade aku sendiri. Nampaknya aku hampa. Tempoh 2 tahun itu tidak tercapai oleh aku. Kerana aku memerlukan 1 tahun 2 bulan saja untuk mencipta sistem forex trading aku sendiri.

Dalam Forex ada 2 jenis market secara am iaitu trending market dan ranging market. Kedua dua market ini memerlukan pendekatan yang berbeza dari segi trade. Kalau trending market kita akan trade mengikut trend dan sekiranya ranging market kita trade pada harga siling dan lantai. Persoalan bilakah market uptrend, downtrend atau ranging? dan sekiranya market ranging dimana siling dan dimana lantai?

Rasanya persoalan itu telah terjawab. Sebenarnya jawapan itu telah ada sejak aku mula trade forex cuma aku tidak perasan. Apapun hasilnya akan dipost disini mulai dari hari ini. Harapnya memuaskan hati.

 
 
 
 
Copyright © Forex Control