Forex telah digembar gemburkan sebagai satu jalan utk kehidupan mewah. Ianya kelihatan begitu anggun seperti sesuatu yang mudah dan jelas. Hakikatnya ianya tidak begitu.
Jangan sekali kali menganggap Forex adalah jalan utk mencapai kekayaan. Ianya mampu memberi pendapatan yang lumayan tetapi tidak utk mencapai kekayaan. Fakta, 10 manusia terkaya didunia tidak seorang pun dari mereka mencapai tahap kekayaan dengan forex. Malah kalau ada yang rajin, boleh kaji 100 orang terkaya didunia dan berapa ramai dari mereka kaya dengan Forex. Jawapan mungkin tidak ada seorang pun mencapai kekayaan dengan forex.
Ini kerana dalam forex langit tidak selalu cerah tapi malangnya laut sentiasa bergelora. Cabaran yang tinggi perlu dihadapi sebelum seseorang boleh hidup dilautan forex.
Nasihat ini telah banyak kali aku berikan kepada orang yang memerlukan. Kalau ingin jadi kaya, kita perlu mempunyai berbagai sumber pendapatan. Periuk nasi perlu ada lebih dari satu. Barulah boleh mencapai kekayaan, itupun kalau kekayaan yang diharapkan.
Secara ikhlasnya aku bermula dengan forex bukan kerana duit tapi kerana ilmu. Dalam dunia cuma 5% saja manusia mampu hidup sepenuhnya dengan trading forex. Kalau aku mampu tergolong dalam umat manusia 5% itu, maka aku akan jadi golongan manusia terbilang. Mudah saja cita cita aku.
Langit Tak Selalu Cerah
Friday, December 7, 2007